Thursday, November 3, 2011

Pelik Sangat Ker?

Assalamualaikum :)

Ahh, tidakk! Kenapa Ajmal boleh terjebak baca novel!! Adus, ni Che Yah punya pasal. Ajmal sendiri tak percaya yang Ajmal dah terlayan novel. Huhu. Setiap kali Ajmal baca, orang lain mesti pelik. Lagi pun tajuk cerita tu 'menarik' sangat. Haha.

Asalnya Ajmal bukan jenis yang layan novel macam Amira Hazwani yang kaki novel tu. Tapi, Ajmal rasa Ajmal tak mahu dedahkan sangat diri Ajmal dengan dunia novel. Semuanya khayalan. Dan, kebanyakan novel ni pasal cintan cintun. Tak berapa sesuai untuk pelajar form 3 yang belum belajar bab perkahwinan (form 5). Tapi bagi jiwang tak ingat dunia, berpuluh-puluh novel sanggup dikumpul.
Novel tu sebenarnya penting la jugak. Tapi perlu ditapis. Lebih baik baca novel islamik. Macam Ayat-ayat Cinta (yang ni maybe terlalu lapuk dek zaman), Ketika Cinta Bertasbih, Sinergi dan etc.

Tapi, yang bacaan yang paling yang perlu dibaca ialah al-Quran dan hadis Rasulullah S.AW. Remaja sekarang ni banyak dah tersilap. Sebuah novel yang tebal berjela tu bila start baca mampu dihabiskan dalam masa dua tiga hari sahaja, tapi al-Quran setahun belum tentu habis.

No comments:

Post a Comment